Pihak yang terlibat Pemberontak_Itali

Partigiani

Catatan disimpan Maresciallo Rodolfo Graziani mengirakan kekuatan pihak partigiani sekitar 70,000-80,000 orang setakat Mei 1944.[3]

Salah satu badan pemberontak utama ini, Comitato di Liberazione Nazionale ("Jawatankuasa Pembebasan Negara", CLB) tertumpu di kawasan banjaran Alp, Apennine dan Lembah Po RSI, serta di pesisir timur laut Laut Adriatik taklukan OZAK dan Trentino dan Tirol Selatan tadbiran OZAV.[3]

Kaum wanita

Sebanyak 35,000 orang wanita Itali antara usia 20 hingga 29 tahun dikira menganggotai partigiane combattenti ("petarung partisan") dan 20,000 orang patriote. Mereka diasingkan daripada pasukan-pasukan lelaki dan sering tertumpu di kawasan bandar.[4]